Saturday, March 6, 2010

lack of self confidence


(maaf kerana tidak dapat menulis dalam bahasa inggeris)

berlalulah sudah majlis makan malam SOBM.. tahniah kepada penerima2 anugerah dan juga kepada krew2 yang telah menjayakan majlis dengan sempurna.. dan ketika majlis ini sedang berlangsung, fikiranku melayang entah ke mana dan membuatkan aku terfikir akan diriku.. aku tiada keyakinan diri.. mungkin sebab melihatkan rakan2 lain bergaya segak dan anggun membuatkan aku rasa kecil dan terpinggir dari mereka.. aku tidak menyalahkan mereka, malahan aku terasa teruja dengan majlis ini..

aku sebenarnya dah lama sedar keadaan ini, cuma pada kali ini ianya membuatkan aku begitu emosi sekali.. kenapa aku jadi begini.. mungkin disebabkan cara aku dibesarkan dan juga pengaruh persekitaran ketika aku membesar.. aku bukan nak menyalahkan cara ibu bapa aku membesarkan aku.. tapi sejak kecil aku selalu dihalang untuk membuat sesuatu (selain perkara yang buruk).. contohnya, pergi memancing, pergi rombongan sekolah.. dan akibatnya, aku terkongkong.. minda aku tidak berkembang.. aku jadi seorang yang pasif.. hal ni berlanjutan sehingga aku masuk ke sekolah berasrama penuh ketika tingkatan 1.. oleh kerana saiz badan aku yang kecil, aku selalu dibuli oleh senior.. kene suruh buat kerja macam2, kene belasah, kene hina, dah biasa.. disebabkan ini aku menjadi pendiam dan hanya mesra dengan rakan2 terdekat sahaja.. dan dengan menjadi pendiam, secara tidak langsung aku menjadi seorang yang pendendam.. aku benci diri aku sendiri kerana tidak dapat melawan.. itu yg menyebabkan aku hilang keyakinan diri.. aku selalu merasakan diri aku tidak layak.. aku merasakan diri aku tak punyai apa2 kelebihan.. aku merasakan orang lain lebih hebat dari aku dan aku di bawah..

dendam akibat diperlakukan sebegitu menyebabkan aku cenderung untuk melepaskan dendam itu pada orang lain pada masa akan datang.. pengalaman2 buruk membuatkan aku sentiasa berfikiran negatif terhadap stereotaip.. sebagai contoh, aku pernah dibelasah oleh senior kerana membawa walkman atas alasan walkman itu maksiat.. sehingga sekarang aku benci orang yang bercakap tentang agama tapi tidak menggunakan kebijaksanaan..

untuk hilangkan rasa kurang yakin pada diri bukan senang (berdasarkan pengalaman aku).. bagi aku yakin diri ini umpama bakat.. bukan setiap orang ada (tapi walaupun tiada bakat, kita masih boleh belajar).. dan lagi susah jika tiada bakat yakin diri, ditambah pula dengan pengalaman2 buruk seperti aku.. aku juga mengambil masa yang lama.. antara cara aku belajar meyakinkan diri adalah dengan menonton filem atau drama.. tiru la perwatakan pelakon utama yang dirasakan sesuai dengan diri kita.. contohnya kalau nak jadi cool, tengok la james bond banyak2 kali.. selain tu, dengan menjaga penampilan, kita akan berasa lebih yakin dengan diri kita.. contohnya, sekarang ni aku kerap ke gym dalam usaha untuk menjaga bentuk badan..

bersambung kemudian..

3 comments:

  1. pas da siap sume da ley wat drama nie.

    ReplyDelete
  2. salam bro....
    sorry to hear that....

    aku pernah rasa macam mana yang kau rasa....
    cuma skang apa yang aku dapat bantu, jadilah diri sendiri....
    aku dah puas dicaci, dihina, dikritik, dikutuk n mcm2 lagi bro....
    sebabkan benda tu sume la aku jadi kuat skang...
    bukan kuat fizikal tetapi mental....
    aku dah lali dengan cacian org....
    aku cuma yakinkan diri aku yang aku mampu...
    aku mampu buat apa saja yang aku mahu....
    aku mampu kalahkan org lain...
    aku mampu buat apa yang org tak mampu....

    tu je rahsianya bro...
    hope ko kuat k....
    jangan sesekali down disebabkan mulut org atau kenangan lalu....

    i know u can do it...

    ReplyDelete
  3. dd!!!!!!!!!!!relax n chill okayh....mayB parents kO uat mcm 2 b'sebab...it's all about ur self...xde bnda yg kO nk rse diri kO kcik...just b ur self....=P

    ReplyDelete